Pada bulan april yg lepas...aku ada la masuk pertandingan nyanyian TM STAR anjuran TM..sajer seronok-seronok masuk lepas gian menyanyi...jadi aku masuk ler peringkat saringan dulu dapat ler aku naib johan..ok la tu..jadi aku dan 3 orang lagi layak ler mewakili MB selangor ke peringkat akhir. Tapi pada peringkat akhir ni ada la sedikit masaalah teknikal tentang kuota utk selangor..nyaris-nyaris aku tak dapat menyanyi pada malam tu...tapi atas usaha pihak management selangor aku pun dapat menyanyi dan terus mendapat antara 3 terbaik, dan aku pun dapat mewakili selangor ke peringkat separuh akhir...Haaa....ini part yg best ni..selang 3 hari kemudian..timbul ler kontroversi yang maha hebat pada aku....entah mana punya mamat tak puas hati dengan pernyertaan aku...habis cerita latar belakang aku di korek tentang penglibatan aku dalam bidang muzik ni....aku dituduh menipu tentang diri aku utk masuk pertandingan ni. Habis gambar-gambar aku bersama band aku, dalam studio yang aku log dalam blog aku dan ubie diemail pada semua peserta dan pihak management TM STAR. Tak pasal-pasal aku 'famous' dalam tm..he..he..(tq pd pengirim email tu)...Aku dikatakan tak layak masuk bertanding sebab aku dah rakam album, dan aku dah pro bagi la can pada yang amatur. Sampai camtu sekali...aku dikatakan pernah nyanyi dengan band Hidayu, FTG dan ubie. Laaa....aku tak menyanyi dalam album laaa...yg menyanyi dalam album hidayu dan FTG tu abang aku laa...dalam ubie...member aku laa....Aku pun nyaris-nyaris dah fedup, dah mintak dipulangkan hadiah yang aku menang malam tu. TApi nasib baik pihak management selangor khasnya 'fight' utk aku...akhirnya dapat gak aku bertanding dalam separuh akhir...dan seterusnya ke final. MSG untuk mamat yang bikin kontroversi tu....YANG BENAR TETAP BENAR.....
tahun depan lu bikin lagi kontroversi yer...!!!
Fuhh...tu ler dia kontroversi yg aku alami pada kali ini..tapi bila difikir-fikir memang ler tension tapi dalam pada tu...famous ler aku kat tm...ramai yang kenal. HE..HE...HE..
dibawah ini disertakan surat bantahan yg kontroversi tuCik/Encik/Tuan/Puan/Datuk/Datin,
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Saya merupakan staff TM yang ingin membuat bantahan/protes keatas peserta yg bernama Tajul Ihram (Wakil Selangor) yg layak ke peringkat Semifinal TMSTAR 2008 (15-4-2008)ini.
Pada peringkat Final untuk MB Final tempohari,namanya tiada tertera dalam senarai finalis , kerana dia merupakan naib johan diperingkat saringan Negeri Selangor sahaja,kerana yg layak adalah johan nya sahaja iaitu Muzaffar Hamidon.(dalam senarai nama dibawah)Tapi ada pihak yg tidak bertanggungjawab telah menyelitkan namanya dibawah HQ pada hari MB Final tempohari menjadikan kesemua peserta seramai 23 orang dari 22 orang.
Pada masa yg sama beliau juga telah berjaya terpilih untuk keperingkat TMSTAR Semifinal.
HQ
Mungkin isu penambahan peserta disaat2 akhir ini agak remeh/kecil dan susah untuk dipertikaikan daripada pihak penganjur, TAPI ada satu lagi syarat "BESAR" TMSTAR 2008 yang di LANGGARI Tajul Ihram iaitu:
KELAYAKAN:
Kakitangan yang mempunyai kontrak sebagai artis rakaman dan/atau pernah mengeluarkan album TIDAK LAYAK mengambil bahagian.(TMSTAR 2008)
Disini saya telah mendapat maklumat ramai mengatakan yg En Tajul ini merupakan artis syarikat rakaman(mempunyai album) dan telah berkecimpung dengan dunia muzik ini sudah agak lama.
Bermula dari seorang vokalis kumpulan Hidayu kemudian beralih arah sebagai vokalis kumpulan FTG dan yg terbaru bersama kumpulan Ubie.
Bukti:( sila klik pada website2 dibawah)
http://www.muzikrock.com/hidayu_01.htmlhttp://tajulram.fotopages.com/Harap pihak yg berkenaan dapat mengambil tindakan iaitu membatalkan penyertaan peserta ini dan dapatlah dikembalikan tempat dan hadiah yg diterima oleh beliau kepada peserta lain yang lebih layak lagi.
Jika masalah ini masih berterusan mungkin perkara ini akan menjadi lebih besar lagi jika tidak dibendung dari awal. Diharap selepas ini perkara2 seperti ini tidak akan berulang lagi.
Saya dan penyokong Tmstar 2008 mahukan kualiti dan kejujuran,bukan kuantiti yg merosakkan.
Saya memohon maaf jika surat bantahan ini datang secara mengejut kerana telah mendapat maklumat ini semasa menonton persembahan MB Final tempohari dari salah seorang penonton disitu juga pada saat2 akhir pertandingan.Kemudian kami membuat siasatan dan memastikan perkara ini sahih.
Saya juga memohon maaf kepada Tajul Ihram kerana surat bantahan ini.Mungkin selepas ini anda tidak dapat meneruskan perjuangan anda untuk TMSTAR 2008 ini.Bagi saya anda sudah cukup professional.Bagilah peluang kepada peserta2 lain ya.
Dengan itu Majulah TMSTAR untuk TM.
Sekian,Terima Kasih.
Warga TM yang prihatin.
..Hidup umpama roda...