Tuesday, December 01, 2009
Sunday, November 15, 2009
HAPPY B"DAY TAJUL AFIQUE 1 YEAR
Selamat hari lahir kepada anakanda Tajul Afiq yang ke 1 tahun. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Ayahanda dan ibunda disini doakan anakanda beroleh kesihatan yang baik sepanjang kehidupan anakanda dan dimurahkan rezeki sentiasa. Harapan ayahanda dan ibunda ,anakanda akan menjadi seorang yang tinggi budi pekerti, hormati orang tua dan yang paling utama menjadi insan yang taat kepada segala perintah Allah...mudahan2 Allah makbulkan doa ayahanda dan bonda
Tuesday, November 10, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Monday, November 03, 2008
Tuesday, September 30, 2008
Friday, July 11, 2008
LIVE AT THE COLOURS - 1999
Masa ni aku dgn group DRAMAQUEEN, kami perform hari Ahad jer dari 10pm sampai 1pm
LIVE AT THE COLOURS
Saturday, July 05, 2008
Bercuti di Port Dickson 28 & 29 June 08
Pemandangan dari apartment tpt aku dan family lepak

Ini le apartment tempat kami bermalam, aku ngan family kat tkt 5

Tajul irfan tgh belajar surfing
Staff-staff tm point taipan
Pakaian terbaik mengikut tema "Hawai" jatuh kepada Hariri
Irfan sedang mencari teman












Kami bercuti lagi..hmm kali ini di Port Dickson pulak..tapi kali ni bersama-sama dengan staff-staff tm point taipan seramai lebih kurang 20 org . Kami lepak bermalam di Sunshine apartment terletak betul-betul depan pantai PD..best gak sekali-sekala pegi tepi laut bersama family ye tak. Malam tu kami ada makan-makan kat tepi pantai..syok gak..menambahkan kemesraan di kalangan family staff tm point taipan.
Thursday, June 12, 2008
Hari keluarga CS Selangor


..Hidup umpama roda...
Gambar ini diambil semasa hari keluarga Consumer Sales Selangor TM pada 1 jun 2008 di Taman Metropolitan Kepong
Aku dijemput untuk menjadi juri bersama brother aku pertandingan karaoke dan menjadi penyanyi undangan untuk pertandingan itu. jadi aku belasah 4 lagu. Ok la tu...janji ada masyuk..
Thursday, June 05, 2008
Bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort

Pada 2 June 2008 yg lepas aku dan family aku telah bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resort. Walaupun aku demam, hmm..pegi gak aku...tak kira punya...pagi2 dah aku ke klinik utk dapat ubat demam, agak turun jer panas aku aku ngan family aku dan juga family adik aku chow ler ke sana... perjalanan dalam lebih kurang sejam dari ipoh..sampai sana dalam kul 11pagi
Kami terus beli tiket kemudian apalagi...horee, horee leer..


Yang ini dipanggil 'tikus babi'...memang comel dia ni...anak aku pun terpegun

Tengok...ular pun takut ngan aku...belah dia...




Jeti nak ke pulau orang utan..tapi tak sempat nak pegi ler..feri dah ler satu jer orang ramai lak tu, malas ler nak tunggu

Tuesday, May 20, 2008
Alor Star
Friday, May 16, 2008
TM STAR FINAL - 19 APR 2008 - PICC
VIDEO FINAL
Orang lain yg menang aku yang lebih..
Aku dihimpit oleh peminat-peminat aku
Antara banner yang dibuat oleh FANATIC
Bergambar dengan Boss aku dan saudara....saper ni ha....ooo paen la...
Bergaya selepas mendapat hadiah saguhati

Walaupun tewas tapi macam menang jer...
Ni la satu-satu nyer gambar masa aku nyanyi yang aku dapat..
FANATIC... yang begitu happening pada malam tu..dapat anugerah penyokong terbaik
Bersama-sama isteri, adik dan abang aku
Harris iskandar dan Juwita jadi MC untuk tm star 2008
Saksikan video aku di final tm star 2008 di PICC - lagu Cinta Kristal
Wednesday, May 14, 2008
TM STAR SEMI FINAL 15 April 08
KONTROVERSI
Fuhh...tu ler dia kontroversi yg aku alami pada kali ini..tapi bila difikir-fikir memang ler tension tapi dalam pada tu...famous ler aku kat tm...ramai yang kenal. HE..HE...HE..
dibawah ini disertakan surat bantahan yg kontroversi tu
Cik/Encik/Tuan/Puan/Datuk/Datin,
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Saya merupakan staff TM yang ingin membuat bantahan/protes keatas peserta yg bernama Tajul Ihram (Wakil Selangor) yg layak ke peringkat Semifinal TMSTAR 2008 (15-4-2008)ini.
Pada peringkat Final untuk MB Final tempohari,namanya tiada tertera dalam senarai finalis , kerana dia merupakan naib johan diperingkat saringan Negeri Selangor sahaja,kerana yg layak adalah johan nya sahaja iaitu Muzaffar Hamidon.(dalam senarai nama dibawah)Tapi ada pihak yg tidak bertanggungjawab telah menyelitkan namanya dibawah HQ pada hari MB Final tempohari menjadikan kesemua peserta seramai 23 orang dari 22 orang.
Pada masa yg sama beliau juga telah berjaya terpilih untuk keperingkat TMSTAR Semifinal.
HQ
Mungkin isu penambahan peserta disaat2 akhir ini agak remeh/kecil dan susah untuk dipertikaikan daripada pihak penganjur, TAPI ada satu lagi syarat "BESAR" TMSTAR 2008 yang di LANGGARI Tajul Ihram iaitu:
KELAYAKAN:
Kakitangan yang mempunyai kontrak sebagai artis rakaman dan/atau pernah mengeluarkan album TIDAK LAYAK mengambil bahagian.(TMSTAR 2008)
Disini saya telah mendapat maklumat ramai mengatakan yg En Tajul ini merupakan artis syarikat rakaman(mempunyai album) dan telah berkecimpung dengan dunia muzik ini sudah agak lama.
Bermula dari seorang vokalis kumpulan Hidayu kemudian beralih arah sebagai vokalis kumpulan FTG dan yg terbaru bersama kumpulan Ubie.
Bukti:( sila klik pada website2 dibawah)
http://www.muzikrock.com/hidayu_01.html
http://tajulram.fotopages.com/
Harap pihak yg berkenaan dapat mengambil tindakan iaitu membatalkan penyertaan peserta ini dan dapatlah dikembalikan tempat dan hadiah yg diterima oleh beliau kepada peserta lain yang lebih layak lagi.
Jika masalah ini masih berterusan mungkin perkara ini akan menjadi lebih besar lagi jika tidak dibendung dari awal. Diharap selepas ini perkara2 seperti ini tidak akan berulang lagi.
Saya dan penyokong Tmstar 2008 mahukan kualiti dan kejujuran,bukan kuantiti yg merosakkan.
Saya memohon maaf jika surat bantahan ini datang secara mengejut kerana telah mendapat maklumat ini semasa menonton persembahan MB Final tempohari dari salah seorang penonton disitu juga pada saat2 akhir pertandingan.Kemudian kami membuat siasatan dan memastikan perkara ini sahih.
Saya juga memohon maaf kepada Tajul Ihram kerana surat bantahan ini.Mungkin selepas ini anda tidak dapat meneruskan perjuangan anda untuk TMSTAR 2008 ini.Bagi saya anda sudah cukup professional.Bagilah peluang kepada peserta2 lain ya.
Dengan itu Majulah TMSTAR untuk TM.
Sekian,Terima Kasih.
Warga TM yang prihatin.
..Hidup umpama roda...
Tuesday, November 07, 2006
CLIP VIDEO
LIVE PERFORMING WITH ELYANA
Performing with Zamani Slam
WATCH TAJUL PERFORMING WITH EZLYN IN CONCERT
http://www.youtube.com/watch?v=WrP05OEeVkA
..Hidup umpama roda...
Monday, August 07, 2006
Sunday, January 29, 2006
Merenung jauh..


..Hidup umpama roda...
http://ubieband.blogspot.com
Thursday, January 12, 2006
Majlis perkahwinan aku 2
Ini masa dirumah 'bertanggak' sebelum berjalan ke rumah aku...yang didepan tu 'flower boy n girl Danish dan Batrisya...aku tengah tengok kasut aku sendiri...ntah apasal pulak aku tengok kasut aku...aku pun tak tahu
berjalan sambil diiringi oleh sekumpulan brader-brader kompang yang penuh bersemangat menyanyi lagu-lagu pengantin. Pengapit pun menyanyi sekali ler tu.
...Haa!!...yang ni antara member-member yang hadir...Mus dan isteri...aku tengok hari tu ramai member-member aku yang bergambar dengan dia daripada aku..ni yang jeles ni..
Ok ker tu,,,time pengantin perempuan tengah tengok step dia..25 disember 2005 yang lepas majlis persandingan diteruskan dirumah aku ler pulak....dengan pakaian lain. Amacam ok tak...belasah jer..yer tak. Ramai gak member-member yang aku jemput yang hadir, termasuk member-member sekolah aku...fuhh..syok betul..lebih kurang 20 orang member2 sekolah aku yg datang, tapi ramai yang dah boroi...he..he...nasib baik aku masih maintain, tak tau ler pulak lepas kawin ni.....aku ingat lebih 20 tahun tak jumpa...timakasih pada yang datang hari tu...lain kali kiter buat 2nd reunion...Pd 'tok batin' saudara Manan..usaha ko kali ni memang menjadik!...Sori tak dapat layan korang sangat masa tu...Pd saudara Fuad dan Badu pulak..timakasih sb sukarela jadi pengapit aku masa hari nikah tu walaupun ko sibuk...tq...tq..nanti aku bawak bini aku datang rumah ko yer....Kepada saudara Azwan tq kerana jadi pengapit aku...sanggup datang dari jauh tu...semoga anda bertemu jodoh cepat. Terimakasih juga yang tak terhingga kepada saudara Aznan dan Zety atas penglibatan kalian terhadap majlis ini dari mula sampai akhir. Budi dan jasa anda sekeluarga amat aku hargai.
..Hidup umpama roda...
Sunday, January 08, 2006
Majlis persandingan aku
Friday, January 06, 2006
Hari pernikahan aku...
Tengah menunggu masa nak masuk bilik...errr....nak jumpa isteriku...buat pertama kali setelah bergelar suami
Alhamdulillah dah selamat...syukur ke hadrat Allah.
Ini masa aku nak nikah ni...heeei....seram sejuk aku masa ni..sarapan pagi pun aku tak ambik...
Masa ni tuan kadi interview aku....menggeletar aku...
Pada 22 Disember 2005 yang lalu, aku telah menamatkan zaman bujang aku. Aku telah selamat diijab kabulkan dengan seorang gadis yang satu negeri dgn aku...dan pada 24 dan 25 Disember maka telah berlangsunglah majlis persandingan kami berdua...jadi inilah dia serba sedikit gambar yang sempat diambil oleh kaum keluarga dan juga rakan aku. (...yang profesional photographer punya gambar belum ambil lagi daa...)
..Hidup umpama roda...
Sunday, November 13, 2005
SELAMAT HARI RAYA
Dah lama dah aku tak update blog aku nie...maklumler bulan puasa ada penat dan malas sikit nak update...Ok lah raya yg lepas nie..aku betul2 happy sebab tahun ni memang aku paling puas makan lemang...pendek kata dari pagi sampai malam selagi blm tutuip mata asyik dengan lemang...lemang...lemang. Lagi satu tahun ni member2 lama aku datang beraya kat rumah aku. Lebih kurang 20 tahun kami kawan. Syok betul ooi...maklumler lama tak jumpa macam2 cerita yang kuar...Gambar kt atas aku tu dari kiri Deman, Alang, aku, Daril dan Chokin... 3 orang daripadanya sekelas ngan aku dari tingkatan 1 hingga 5.
Masa tengah makan...dengan member2 lama aku, aku siap posing jelingan manja tu...
Ini my family aku!!....Amacam?..kecil jer family aku...Hidup umpama roda...
Friday, October 14, 2005
Berbuka puasa dan tahlil
Masing2 khasnya staff dan boss wanita sedang ambil tempat sebelum bermulanya majlis tahlil
Ini member2 tempat kerja aku..Paen, Fezal(bundle baru bila mari?)lampu spot ligt pun nak makan ker?, Wan, Haizi including Mr. Nazri tengah sengeh tu (Red Giant..mentang2 Selangor menang sengeh ler yer)..masing-masing berebut nak ambik makanan utk berbuka, aku gak yang sabar dan rilek dulu, sesungguhnya orang yang sabar itu adalah orang yang beriman..bagi diorang ambik dulu..hero kena rilek dulu, tengok line clear ...he..he..
aku sedang menjamah makanan...tgh makan cendol...fehh...sedapnyer,aku makan pun tak banyak cuma satu sudu...satu sudu..satu sudu..3 pinggan aku makan...kat belakang tu Boss aku daa. En. Mazwan...pun sedang menjamu selera sambil enterframe utk bergambar..dan sebelah kanan tu Azwan(wan kelana)Ooo..glamour hang yer malam tu!!.. pun nak enterframe gak..
...haa.. baru ler aku ambik makanan utk makan sambil bergambar, tengok tu sopan jer aku..boss aku kat sebelah kanan aku, he..he..baik nampak ngan boss..
..boss aku ni asyik kat sebelah aku jer..sebelah kiri aku Bos tempat lain..semua nak sebelah aku.hmm entah ler... jgn marah yer boss...
..yg buat signal 'peace' tu nama dia zaimah tapi nama glamour dia zaicun,,..semua kenal dia ni, kalah aku...partner aku..'.best partner I ever had'...bagus dia ni....Hidup umpama roda...
Haa..kali aku berbuka kat tempat keje jer..ada majlis tahlil lepas tu berbuka ler...best gak..ramai gak yg dijemput tapi kedatangan ok tak menghampakan. Orang kata bulan puasa ni murah rezeki..tengok la tu..kan ke byk makanan tu..makan bersila lagi aku.
link
Saturday, October 08, 2005
BERBUKA PUASA & CELEBRATE BIRTHDAY

Ini adik aku yang bongsu..dia tengah potong kek birthday dia yang ke......ehemm...rahsia ler..nanti dia marah..he..he..
Sebenarnya lepas berbuka aku ngan adik ipar serta anak-anak dia dan juga 'tun..' aku celebrate ler birthday adik aku..syok juga celebrate kat hotel......belasah selagi mahu..!!
aku ngan adik ipar aku, anak dia Amar, Zeti(adik aku) ngan Danish dan Ani (beras aku daa..)
Hmm...malu2 pulak adik aku nie..kami buat surprise...terkejut dia maklum ler orang sekeliling tengok dia celebrate birthday...fffuuuhhh..!! tiup jer ler lilin tu...

Bergambar selepas berbuka..!!
..Aku ambik gambar sendiri.. baru jer lepas berbuka..*
kesempatan ini aku nak ucapkan terimakasih pada Aznan(..apase..apase..??) kerana belanja aku berbuka kat sini dan celebrate sama-sama.
Semoga anda di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
...faster..faster...
..Hidup umpama roda...
link
http://ubieband.blogspot.com
http://www.yob4ever.com
http://lanunmalaya.multiply.com
Sunday, October 02, 2005
Sekitar final Piala Malaysia
Walaupun pasukan Perak tak terlibat dlm final Piala Malaysia ni tapi aku datang juga ke stadium sebab aku bertugas ler pulak..
Haa...ini Papa Rock Ramli Sarip sedang membuat persembahan petang tu..Best giler woi!!
...ini aku dengan petugas Astro sedang bergambar dengan Piala Malaysia. Aku lepas game pegi ke belakang stadium nak balik tapi kebetulan ada lak sorang brader tengah bawak Piala Malaysia ni utk bawak masuk dalam bas..jadi aku tumpang ler sekaki ambik gambar..jadi ler walaupun tak dapat pikul piala tu..hehe..
..'Gugusan hari-hari..indah bersamamu ...'Kamaliaaa...

..Hidup umpama roda...
..Aku ditengah padang di stadium Bukit Jalil..sajer nak test rumput padang tu...lepas game malam tu..
http://ubieband.blogspot.com
Tuesday, September 27, 2005
Sekitar perlawanan akhir final FA cup
...Ini wati dari kumpulan ELITE..dia ngan Azza buat persembahan..ramai ler yg menari dengan dia..tapi aku tak sempat ambil gambar, aku sempat ambil gambar watie bahagian belakang jer..sori yer.. tapi ini jer yang sempat.. he...he...he....
....Waarrggghhh!!!!!...ni member lama dari kampung...dari kecik aku kawan,nak tahu nama dia sapa??...nama betul dia Rahman, tapi kawan-kawan kampung panggil dia 'Chalkin'...amacam?lain kan? Memang tak ada orang kat Malaysia ni nama camtu...dan yg sebelah kanan tu brader aku....Waaaagghhh...!!!

...GOOOOOLLLLL...!!! Perak berjaya menyamakan kedudukan...1-1 YAAHOOOO..
tapi ini je ler gol Perak malam tu...syok oooiii!! ..Aku rasa nak melompat masuk padang!!

..Fuuhh...ramai gak fan Perak...

...Hmmm...aku dgn geng-geng bola aku sedang bersemangat nak masuk stadium...aku seperti biasa over sikit...team aku masuk final ler katakan...
link:
http://ubieband.blogspot.com
..Hidup umpama roda...
..Aku...bola...dan...kekalahan...
....Hari ada ler mood sikit utk aku tulis pasal aku....sehari dua ni aku memang tak ada mood, sebabnya team aku kalah pada final FA malam sabtu tu hari...kalah 2-4 dengan Selangor. Fuhh...kalah lagi..itu lah dia bolasepak...ada menang ada yang kalah...dah ler camtu..pagi isnin aku masuk kerja jer member aku sorang ni fan Selangor ler...dia bawak bendera Selangor siap dia kibarkan depan aku ngan member2 aku...punya ler panas...tapi takper aku sporting jer...tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.
...Kalah tu memang ler kalah tapi yang tak sedapnya bila aku balik nak keluarkan kereta aku kat area parking....ada lak budak-budak penyokong Selangor dok tunjuk2 kat cermin kereta aku..diorang ejek-ejekkan sticker bendera Perak kat situ. Aku pun dengan hati panas terus pegi kat bebudak tu dan tanya lebih kurang begini 'apasal ni dik?' dengan muka senyum sumbingnya salah sorang tu kata '...abg punya sticker ni cantik'..aku pun kata ok...pastu aku tunggu kat kereta aku dan tunggu apa diorang nak buat...nasib baik tak ada apa-apa...budak tu start motor sambil tunggu member-member diorang. Apa la diorang ni..mentang-mentang ler main tempat sendiri dan ramai lak tu...berani ler...dah menang tu menang ler yang diorang ejek-ejek bendera aku tu apasal...Species memang tak elok diaorang tu..Heeeei...geram tul aku...tapi pada aku tak per itu semua dugaan...Bola tu kan ker bulat....
http://ubieband.blogspot.com
http://www.yob4ever.com
Friday, September 23, 2005
Wednesday, September 21, 2005
Gambar rambut panjang




..Hidup umpama roda...
Eksklusif dari aku...haaa..ini dia gambar aku masa berambut panjang...Amacam rock tak?? Tahap rambut aku paling panjang pernah aku kecapi adalah paras pinggul..Fuhh!! panjang tu, aku pun sekarang ni tak tau macamana aku b0leh simpan sampai panjang tu...nak rock ler katakan...he...he...tapi masa tu memang trend. Orang yg tak ader kena mengena dengan seni pun nak simpan rambut.
Tuesday, September 20, 2005
Monday, September 19, 2005
show time..


8.00am sound check...pagi betul..masih dibuai mimpi lagi nie...

Jp sedang mencari sound gitar...serious nampak...?

Sham sedang test vocal dia....sambil aku sedang bergaya ngan bass fender aku....he...he..

..Hidup umpama roda...
Kalah lagi...
Friday, September 16, 2005
BOLA...BOLA...BOLA

Thursday, September 15, 2005


































































































